[nasional_list] [ppiindia] Kasus Ambalat Dari Sudut Pandang Malaysia

  • From: "Ari Condro" <masarcon@xxxxxxx>
  • To: <eramuslim@xxxxxxxxxxxxxxx>
  • Date: Tue, 8 Mar 2005 17:02:09 +0700

** Mailing List Nasional Indonesia PPI India Forum **

Sebuah artikel dari pihak Malaysia ttg kasus Ambalat.
Btw, di banyak milis lain diberitakan bahwa ini adalah
idenya mas Bambang (presiden kita tercinta ini :P )
untuk :

1. Bisa lepas dari embargo senjatanya US
dengan menunjukkan ke dunia luar bahwa
militer Indonesia ini teknologi senjatanya udah kuno
dan tidak layak pakai (dan karena itu perlu revitalisasi).
Lha wong berhadapan dengan Malaysia aja kalah melulu.
Sipadan Ligitan kita juga kalah tembak-tembakan di laut.

2. Yg paling fenomenal adalah sebagai strategi
pengalihan perhatian akibat dampak kenaikan BBM.
Ya, seperti biasa rakyat yang lugu dan lucu diberikan
mainan baru berupa "kasus Ambalat".

So, teman-teman di FI membuat iklan
mendukung kasus Ambalat gak ya ?  :))

salam,
Ari Condro



===

Tinta Strategi: Tuntutan wilayah bantut penerokaan kawasan minyak
Oleh Prof Madya Dr Azmi Hassan

BANTAHAN yang dibuat oleh Jakarta terhadap tindakan Kuala Lumpur yang
memberikan konsesi penerokaan minyak kepada Shell dan Petronas Carigali di
Laut Sulawesi, tidak begitu memeranjatkan kerana sememangnya sudah diduga.
Kawasan konsesi yang dimaksudkan itu terletak sebelah timur Sabah, terdiri
daripada dua blok yang dinamakan ND6 dan ND7 berada dalam Lembah Tarakan
iaitu lebih kurang 100 kilometer dari timur laut Tawau.

Bantahan sudah diduga lebih awal kerana Jakarta sebelum ini sudah membuat
dakwaan bahawa sebahagian daripada perairan Laut Sulawesi di sebelah timur
Kalimantan adalah milik mereka dan kawasan penerokaan minyak digelar Blok
Ambalat dan Blok East Ambalat.

Jakarta berkeras dengan pendapat bahawa ND6 dan ND7 berada dalam perairan
mereka kerana menggunakan logik kedua-dua blok itu berada dalam kawasan Blok
Ambalat yang sebelum ini telah diberi konsesi penerokaan minyak kepada
syarikat minyak Itali, ENI.

Bagi Kuala Lumpur pula penghujahan blok ND6 dan ND7 berada dalam wilayah
perairan negara kerana menggunakan dalil apa yang termaktub dalam peta
Pentas Benua dan Wilayah Perairan Malaysia 1979 yang jelas menunjukkan
kedua-dua blok itu berada dalam perairan Malaysia.

Tidak dapat dinafikan bahawa Indonesia sudah beberapa kali menghantar nota
bantahan terhadap kesahihan peta 1979. Malaysia juga menggunakan kaedah
bantahan sama apabila Indonesia memberikan konsesi Blok Ambalat kepada ENI.

Tetapi, kaedah serupa itu sebenarnya tiada kesudahannya dan besar
kemungkinan akan membantutkan usaha penerokaan minyak yang akhirnya boleh
merugikan kedua-dua negara.

Begitu jelas sekali percanggahan kedudukan ND6, ND7 dan Blok Ambalat berlaku
kerana ada pertindihan tuntutan wilayah perairan dan perkara sebegini bukan
sesuatu yang tidak pernah berlaku dan tidak mustahil masalah ini boleh
diselesaikan dengan pantas dan adil.

Menteri Luar, Datuk Seri Syed Hamid Albar, memberi harapan bahawa masalah
terbaru ini boleh dijadikan perintis kepada penyelesaian yang membabitkan
kegiatan penerokaan minyak di Laut Sulawesi.

Masalah yang dihadapi Jepun, China dan Taiwan mengenai tuntutan wilayah
perairan Kepulauan Senkaku dan Diaoyu di Laut China Timur, dikatakan lebih
rumit dan sensitif tetapi masih dapat dikawal.

Ada beberapa kejadian yang membimbangkan berlaku, terutama sekali di antara
Jepun dan China yang membabitkan masalah penerokaan minyak di kawasan itu.
Tetapi setakat hari ini kejadian itu belum lagi diterjemahkan dalam bentuk
konflik ketenteraan.

Ramai penganalisis berpendapat perbalahan di Laut China Timur itu timbul
bukan sangat berpunca daripada perebutan khazanah sumber asli, tetapi lebih
kepada semangat nasionalis sesetengah pihak di China dan Jepun yang tidak
gemar melihat kedaulatan negara seolah-olah dicabar.

Begitu juga dengan masalah tuntutan bertindih di Laut Sulawesi menjadi panas
bukan sangat kerana berebutkan habuan ekonomi daripada penerokaan sumber
minyak, tetapi lebih kerana timbul semangat berbentuk nasionalis di kalangan
pihak tertentu.

Kenyataan yang dikeluarkan Ketua Pengarah Minyak dan Gas Indonesia, Iin
Arifin Takhyan, jelas mempamerkan pendekatan yang akan diambil Jakarta.

Antara lain Iin Arifin berkata: "Blok itu (ND6 dan ND7) masih berada dalam
wilayah Indonesia, tetapi Malaysia menganggap sejak Pulau Sipadan dan
Ligitan dinyatakan sebagai wilayah Malaysia, blok minyak dan gas itu didakwa
sebagai miliknya juga".

Perlu diingat bahawa pada 2002, Mahkamah Antarabangsa di The Hague telah
membuat keputusan kedua-dua Pulau Sipadan dan Ligitan adalah milik Malaysia
setelah isu tuntutan bertindih berlarutan buat sekian lama.

Walaupun kedua-dua pulau itu tiada kena mengena dengan tuntutan bertindih
kawasan penerokaan minyak Laut Sulawesi, isu lama ini ditimbulkan kembali
jelas mencerminkan ada kalangan di Indonesia yang masih tidak berpuas hati
di atas kehilangan Pulau Sipadan dan Ligitan.

Perlu diungkit juga bahawa Indonesia turut kehilangan Timor Leste (Timor
Timur) pada 1999 dan kehilangan kedua pada 2002 adalah tamparan hebat dan
sukar diterima oleh sesetengah golongan di Indonesia.

Isu terbaru di Laut Sulawesi telah memperlihatkan Tentera Nasional Indonesia
(TNI) mengambil pendekatan yang agak agresif kerana kemungkinan bimbang
peristiwa 1999 dan 2002 akan kembali berulang.

Ada berita yang menyebut Tentera Laut Indonesia (TNI-AL) telah menghantar
tiga kapal perang ke kawasan terbabit di Laut Sulawesi dan khabarnya juga
akan menghantar sebuah kapal selam untuk membantu pemantauan kawasan itu
daripada dicerobohi.

Untuk tujuan apa TNI menghantar kapal perang dan kapal selam ke kawasan
terbabit sukar difahami kerana Petronas baru saja mengumumkan pembahagian
kontrak, tetapi penerokaan sebenar belum dimulakan.

Berapa lama aset TNI ini akan membuat pemantauan sukar ditelah, tetapi apa
yang nyata ialah penggunaan kapal perang dan kapal selam di kawasan itu
tidak menguntungkan mana-mana pihak.

Sudah tidak menjadi rahsia lagi ketiga-tiga cabang perkhidmatan TNI tidak
berada dalam keadaan yang optimum akibat daripada sekatan ketenteraan yang
dikenakan oleh Amerika Syarikat (AS) sejak 13 tahun lalu.

Sebagai contohnya, hanya 40 peratus jet pejuang yang dimiliki tentera udara
TNI dapat digunakan pada satu ketika akibat kurang alat ganti dan
penyelenggaraan. Jet pejuang Sukhoi umpamanya hanya mempunyai kemampuan
radar saja, tanpa dibantu oleh kelengkapan persenjataan asas yang lain.

Sebab itu, apabila ombak besar tsunami melanda pantai Aceh baru-baru ini,
TNI mendapati begitu sukar untuk menghulurkan bantuan kepada rakyat mereka
kerana aset mereka tidak boleh beroperasi dengan baik.

Pendekatan yang diambil Beijing dan Tokyo untuk menghurai masalah tuntutan
Kepulauan Senkaku dan Diaoyu, patut dijadikan sebagai pengajaran bagaimana
masalah yang rumit dapat diselesaikan jika pihak yang bertelagah mengambil
sikap sederhana dan penuh diplomatik.

Beijing dan Tokyo amat memahami bahawa jika sikap agresif diambil maka
habuan ekonomi dalam bentuk hasil sumber minyak akan terlepas begitu saja.
Pendekatan sederhana diambil kerana kedua-dua negara ini amat memerlukan
tenaga dari sumber minyak untuk kegunaan industri mereka.

Begitu juga Jakarta dan Kuala Lumpur perlu mengambil pendekatan yang lebih
berhemah kerana kedua-dua negara memerlukan hasil daripada sumber minyak.
Tindakan agresif tidak kira berpunca sama ada dari Jakarta atau Kuala Lumpur
sudah tentu akan merugikan kedua-dua pihak.


Sumber
:http://www.emedia.com.my/m/BHarian/Saturday/Rencana/20050304232821/Article/






------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> 
Help save the life of a child.  Support St. Jude Children's Research Hospital's
'Thanks & Giving.'
http://us.click.yahoo.com/mGEjbB/5WnJAA/E2hLAA/BRUplB/TM
--------------------------------------------------------------------~-> 

***************************************************************************
Berdikusi dg Santun & Elegan, dg Semangat Persahabatan. Menuju Indonesia yg 
Lebih Baik, in Commonality & Shared Destiny. www.ppi-india.uni.cc
***************************************************************************
__________________________________________________________________________
Mohon Perhatian:

1. Harap tdk. memposting/reply yg menyinggung SARA (kecuali sbg otokritik)
2. Pesan yg akan direply harap dihapus, kecuali yg akan dikomentari.
3. Lihat arsip sebelumnya, www.ppi-india.da.ru; 
4. Satu email perhari: ppiindia-digest@xxxxxxxxxxxxxxx
5. No-email/web only: ppiindia-nomail@xxxxxxxxxxxxxxx
6. kembali menerima email: ppiindia-normal@xxxxxxxxxxxxxxx
 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/ppiindia/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    ppiindia-unsubscribe@xxxxxxxxxxxxxxx

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 



** Forum Nasional Indonesia PPI India Mailing List **
** Untuk bergabung dg Milis Nasional kunjungi: 
** http://groups.yahoo.com/group/ppiindia/ **
** Website resmi http://www.ppi-india.uni.cc **

Other related posts:

  • » [nasional_list] [ppiindia] Kasus Ambalat Dari Sudut Pandang Malaysia