[list_indonesia] [ppiindia] planning "Kosmonaut" Malaysia (Oktober 2007)

  • From: "imuchtarom" <imuchtarom@xxxxxxxxx>
  • To: ppiindia@xxxxxxxxxxxxxxx
  • Date: Wed, 09 Mar 2005 16:07:24 -0000

** Mailing-List Indonesia Nasional Milis PPI-India www.ppi-india.da.ru **





Sayang, dulu rencana pak Taufik Hasan sama bu Pratiwi
Soedarmono, calon astronaut RI ikut numpang "angkot"
Ulang-aliknya USA gagal, enggak jadi terbang.

Tawaran kerjasama untuk teknologi Hankam, dan Dirgantara
dari Rusia sayangnya (nampaknya) juga belon ditindaklanjutin.

Berita di bawah ini dari salah satu koran Malaysia.

Menarik juga membaca Malaysia sudah punya plan untuk
mengiuktsertakan "Kosmonaut"nya menumpang misi angkasa
luar Rusia, dijadwalkan Oktober 2007 nanti. Komentar 
canda yang menarik, sudah terfikir makanan apa yang
bakal dibawa mas Kosmonaut Malaysia ini di luar angkasa,
very inspiring :

   => teh tarik (the most inspiring idea!)
   => roti cenai, sambal belacan

dan katanya mau pake bathik .. :)

Jadi kebayang kalo Kosmonautnya nanti misalnya dari
Solo, kira-2 apa yang bakal di bawa? :

   => Lontong Solo :)
   => Tahu Kupat Solo
   => Wedang Ronde/nDongo/Kacang-putih
   => pakaian beskap lengkap dengan blangkonnya :)

Malaysia ini mungkin memang sudah jadi ditakdirkan
menjadi "peer" kita: kadang-2 mitra, kadang-2 saingan,
kadang-kadang "musuh", mudah-2 an banyak hikmahnya
punya tetangga seperti Malaysia ...

                                        = ihm =


-----------------------------------------------------------
Angkasawan kita bawa roti canai, teh tarik ke angkasa lepas
-----------------------------------------------------------

KUALA LUMPUR 8 Mac - Cuba teka apa yang akan dimakan dan dipakai 
oleh angkasawan pertama Malaysia di angkasa lepas apabila menyertai
misi angkasa lepas Rusia yang dijadual Oktober 2007?

Teh tarik, roti canai, sambal belacan dan batik!

Ia tidak melucukan. Ia merupakan perkara serius.

Ketua Pengarah Agensi Angkasa Negara Prof. Datuk Dr. Mazlan Othman
berkata, banyak penyelidikan saintifik akan dijalankan bagi
merealisasikan idea itu.

``Kita hanya mahu angkasawan kita menikmati makanan Malaysia di
angkasa lepas dan ia akan membabitkan banyak aktiviti sains dalam
menyediakan mereka,'' katanya kepada pemberita selepas menghadiri
majlis perasmian pameran ``Meneroka Sistem Suria'' di Planetarium
Negara di sini.

Beliau berkata, Agensi Angkasa Negara akan menghantar chef dan pereka
fesyen ke Pentadbiran Angkasa Lepas dan Aeronautik Nasional (NASA) di
Houston, Amerika Syarikat untuk menjalankan kajian dengan bantuan
agensi angkasa lepas Amerika itu.

``Kita mahu angkasawan kita berkongsi budaya tempatan dengan
rakan-rakan Rusia mereka dalam misi itu,'' katanya.

Prof. Dr. Mazlan berkata, para ulama juga mungkin terbabit dalam
penyelidikan jika calon angkasawan itu beragama Islam.

``Bantuan mereka diperlukan dalam menentukan arah kiblat (Kaabah) dan
waktu solat di angkasa lepas,'' katanya.

Ditanya sama ada durian akan dibawa atau dibenarkan dalam pesawat,
beliau berkata: ``Tidak. Tidak.''

Program angkasawan Malaysia yang menelan belanja kira-kira AS$25 juta
(RM95 juta) merupakan sebahagian program mengimbangi pemerolehan 18
Sukhoi SU-30 MKM, pesawat udara pelbagai guna bernilai AS$900 juta
(RM3.4 bilion) daripada Rusia.

Perjanjian itu ditandatangani pada 5 Ogos 2003 di Putrajaya dan jet
pejuang akan diserahkan secara berperingkat-peringkat bermula tahun depan.

Rusia akan melaksanakan pemindahan teknologi dan program ofset
(perseimbangan) bernilai AS$270 juta (RM1.026 bilion), membabitkan
kira-kira 30 peratus nilai kontrak.

Dalam perjanjian pembelian timbal balas itu, Rusian akan membeli
minyak sawit Malaysia bernilai AS$270 juta dan baki bayaran pesawat
itu akan dibayar secara tunai oleh Malaysia.

Prof Dr. Mazlan berkata angkasawan Malaysia tidak semata-mata
berperanan sebagai `penumpang' pada misi angkasa lepas itu
memandangkan mereka (lelaki atau wanita) akan menjalankan eksperimen
saintifik sepanjang enam hingga lapan hari di Stesen Angkasa Lepas
Antarabangsa berkenaan.

``Ia bukan penjalanan yang glamour. Perjalanan itu juga bukan penamat
kepada kerjaya seorang angkasawan (Malaysia),'' katanya.

Prof Dr. Mazlan berkata, dua pakar agensi angkasa lepas Rusia akan
tiba di sini akhir bulan ini bagi membantu memilih calon program
berkenaan.

Beliau berkata 30 bakal angkasawan daripada 3,700 permohonan telah
disenaraipendek untuk mengikuti misi angkasa lepas itu.

Daripada jumlah itu, hanya 10 orang akan dipilih oleh sepasukan
pegawai agensi angkasa lepas Rusia dan mereka akan dihantar ke negara
berkenaan menjelang akhir tahun untuk pemeriksaan menyeluruh.

Hanya dua calon akan dipilih untuk menjalani latihan dua tahun dan
seorang akan menjadi rakyat Malaysia pertama ke angkasa lepas manakala
seorang lagi akan dimasukkan dalam senarai simpanan.

Pameran `Meneroka Sistem Suria' selama tiga minggu itu dianjurkan
bersama oleh British Council dan Agensi Angkasa Negara. Masuk adalah
percuma. - Bernama










------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> 
DonorsChoose. A simple way to provide underprivileged children resources 
often lacking in public schools. Fund a student project in NYC/NC today!
http://us.click.yahoo.com/5F6XtA/.WnJAA/E2hLAA/BRUplB/TM
--------------------------------------------------------------------~-> 

***************************************************************************
Berdikusi dg Santun & Elegan, dg Semangat Persahabatan. Menuju Indonesia yg 
Lebih Baik, in Commonality & Shared Destiny. www.ppi-india.uni.cc
***************************************************************************
__________________________________________________________________________
Mohon Perhatian:

1. Harap tdk. memposting/reply yg menyinggung SARA (kecuali sbg otokritik)
2. Pesan yg akan direply harap dihapus, kecuali yg akan dikomentari.
3. Lihat arsip sebelumnya, www.ppi-india.da.ru; 
4. Satu email perhari: ppiindia-digest@xxxxxxxxxxxxxxx
5. No-email/web only: ppiindia-nomail@xxxxxxxxxxxxxxx
6. kembali menerima email: ppiindia-normal@xxxxxxxxxxxxxxx
 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/ppiindia/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    ppiindia-unsubscribe@xxxxxxxxxxxxxxx

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 



** Mailing-List Indonesia Nasional Milis PPI-India www.ppi-india.uni.cc **

Other related posts:

  • » [list_indonesia] [ppiindia] planning "Kosmonaut" Malaysia (Oktober 2007)