[breaktime-corner] Pengorbanan Seorang Ibu Ketika Gempa Jepang

  • From: "Agung Luthfi Zauhar Ma'mun" <agung.luthfi@xxxxxxxxxxxxxxxx>
  • To: <tea-corner@xxxxxxxxxxxxx>
  • Date: Mon, 28 Nov 2011 23:58:49 +0800

Pengorbanan
<file:///C:\Documents%20and%20Settings\peb2060366\Local%20Settings\Temp\
Rar$EX00.406\pengorbanan-seorang-ibu-ketika-gempa.html>  Seorang Ibu
Ketika Gempa Jepang 

 

 

 
<file:///C:\Documents%20and%20Settings\peb2060366\Local%20Settings\Temp\
Rar$EX00.406\315920_10150321458523355_552128354_8324007_1566180630_n.jpg
> 

Ini adalah kisah nyata pengorbanan seorang ibu saat Gempa Bumi di
Jepang. Setelah gempa bumi reda, ketika penyelamat tiba di runtuhan
rumah seorang wanita muda, mereka melihat mayat beliau melalui celah
runtuhan dan timbunan tanah. Tetapi entah bagaimana posisi dia kelihatan
agak aneh seperti melutut pada seseorang dan menyembah ke depan, dan dua
tangannya mengendong sesuatu benda. Rumah runtuh itu telah menghantam
punggung dan kepalanya.

 

Dengan usaha yang sulit, kepala pasukan penyelamat memasukan tangannya
melalui celahan kecil di dinding untuk mencapai badan wanita tersebut.
Dia berharap bahwa wanita ini mungkin masih hidup. Walau bagaimanapun,
badannya yang dingin dan kaku membuktikan bahwa wanita itu telah
meninggal dunia.

 

Dia dan seluruh pasukan meninggalkan rumah itu dan mencari korban pada
bangunan runtuh yang lainnya. Tanpa alasan yang kuat, kepala pasukan ini
didorong oleh satu kuasa yang kuat menariknya untuk kembali ke rumah
wanita yang runtuh tersebut. Sekali lagi, dia melutut dan melalui
celahan runtuhan yang sempit untuk melihat keadaan mayat itu. Tiba-tiba,
dia menjerit kegirangan, "Seorang anak! Ada anak! "





Seluruh pasukan bekerja bersama-sama dengan berhati-hati mereka
memindahkan objek runtuhan yang menghempas wanita itu hingga mati.
Terdapat seorang anak lelaki berusia 3 bulan yang dibalut dengan selimut
berbunga di bawah mayat ibunya. Jelas sekali, wanita itu telah berkorban
hingga ke akhir hayatnya untuk menyelamatkan anaknya. Ketika rumahnya
runtuh, dia menggunakan tubuhnya untuk melindungi anaknya. Anak lelaki
itu masih tidur dengan nyenyak sewaktu kepala pasukan penyelamat itu
menemuinya.

 

Dokter bergegas datang untuk memeriksa anak kecil tersebut. Selepas
beliau membuka selimut, terdapat telefon genggam di dalam selimut
tersebut. Tertera teks pesan pada layar telefon genggam itu, "Jika kamu
hidup, kamu harus ingat bahawa ibu sayang kamu." pesan ini telah
diteruskan dari satu tangan ke tangan yang lain. Setiap individu yang
membaca pesan pasti menangis. "Jika kamu hidup, kamu harus ingat bahwa
ibu sayang kamu." Begitulah kasih sayang seorang ibu pada anaknya.

 

JPEG image

Other related posts:

  • » [breaktime-corner] Pengorbanan Seorang Ibu Ketika Gempa Jepang - Agung Luthfi Zauhar Ma'mun