[ppi] [ppiindia] MUTIARA KATA ,SABDA RASULULLUH S.A.W dan FIRMAN ALLAH S.W.T

** ppi-india **
MUTIARA KATA ,SABDA RASULULLUH S.A.W dan FIRMAN ALLAH S.W.T 



Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Senyumam kepada saudaramu 
adalah sedekah"

Nabi Muhammad s.a.w  pernah bersabda: "Semua amal anak Adam A.S. 
dilipatgandakan kebaikan (pahala) dari 10 sampai 700 kali ganda 
kecuali ibadah puasa. Ada pun puasa itu adalah untuk Allah s.w.t.. 
dan Dia akan terus memberikan pahala kepada sekelian" (Riwayat Muslim)

Dari Ummu Mukminin Aisyah R.A, Nabi Muhammad s.a.w  pernah 
bersabda: "Adalah Rasululluh s.a.w. apabila masuk (tanggal) sepuluh 
hari terakhir bulan Ramadhan, Baginda s.a.w. bersedih dan bersiap-
siap menghidupkan (beramal) pada malam hari. (Riwayat Muttfaq Alaihi)

Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Barangsiapa yang tidak 
meninggalkan kata dusta (bohong semasa berpuasa) maka Allah s.w.t. 
tidak berhajat padanya untuk meninggalkan makan minumnya. (Riwayat 
Bukhari)

Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Barangsiapa yang menunaikan 
suatu fardhu pada bulan (Ramadhan) itu, adalah dia sebagai seorang 
yang telah menunaikan 70 bulan fardhu pada bulan-bulan lainnya.

Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Permulaan Ramadhan itu adalah 
rahmat, pertengahannya adalah keampunan (maghrifah) dan penghujungnya 
adalah kebebasan dari api neraka"

Nabi Muhammad s.a.w  pernah bersabda: "Bagi orang yang melaksanakan 
ibadah puasa, baginya ada dua saat kegembiraan.Pertama pada waktu 
berbuka dan kedua ketika menghadap Ilahi"

Dari Khalifah Umar bin Abdul Aziz berkata,Nabi Muhammad s.a.w  pernah 
bersabda: "Sembahyang itu membawa ketengah jalan, berpuasa memajukan 
kamu kehadapan dan sedekah (saling membantu) memasukkan kamu 
kedalamnya"

Nabi Muhammad s.a.w  pernah bersabda: "Siapa yang bangun pada malam 
hari raya (Aidil Fitri) dengan ikhlas kerana Allah s.w.t., maka tidak 
akan mati hatinya saat hati semua orang telah mati" (Riwayat Ibn 
Majah dari Abu Umamah)

Dari Abu Ayub al-Ansari berkata bahawa Nabi Muhammad s.a.w  pernah 
bersabda: "Sesiapa yang berpuasa Ramadhan kemudian dia berpuasa pula 
sebanyak enam hari pada bulan Syawal, seolah-olah dia berpuasa 
sepanjang masa" (Riwayat Muslim)

Nabi Muhammad s.a.w  pernah bersabda: "Tiga doa yang sangat mustajab 
iaitu doa orang yang berpuasa, doa orang yang dizalimi dan doa orang 
yang musafir" (Riwayat Ahmad, Bukhari,Abu Daud &al-Tarmizi)

Nabi Muhammad s.a.w  pernah bersabda: "Apabila salah seorang kamu 
lupa bahawa ia berpuasa, lalu ia makan dan minum, maka hendaklah ia 
menyempurnakan puasanya kerana sesungguhnya ia telah diberi makan dan 
minum oleh Allah s.w.t." (Riwayat Al-Bukhari & Muslim)

Nabi Muhammad s.a.w  pernah bersabda: "Andaikan kamu berbuat dosa 
sehingga dosamu mencapai langit, kemudian kamu bertaubat nescaya 
Allah s.w.t. memberi keampunan kepada maku" (Riwayat Ibn Majab)

Nabi Muhammad s.a.w  pernah bersabda: "Bukan yang bermakna puasa itu 
sekadar menahan makan, minum tetapi puasa yang sungguh itu menahan 
diri dari langha (perkataan tidak berguna) dan kata-kata yang keji" 
(Riwayat Muslim)

Nabi Muhammad s.a.w  pernah bersabda: "Barangsiapa yang meninggalkan 
sembahyang Jumaat tiga kali (berturut-turut) makan Allah s.w.t. 
mengecap hatinya (sebagai munafik atau orang yang melengah-
lengahkannya)" (Riwayat Ahmad)

Nabi Muhammad s.a.w  pernah bersabda: "Tiada seorang Muslim yang 
melihat wanita lalu dia memejamkan matanya, melainkan Allah s.w.t. 
akan memberi pada rasa lazat beribadat dihatinya" (Riwayat Ahmad & Al-
Tabrani)

Nabi Muhammad s.a.w  pernah bersabda: "Jika kamu berpuasa maka 
bersiwaklah (gosok gigi) diwaktu pagi dan jangan diwaktu petang,maka 
sesungguhnya tiada orang puasa yang kering bibirnya diwaktu petang 
melainkan akan menjadi cahaya didepan matanya pada hari kiamat" 
(Riwayat Al-Tabrani)

Nabi Muhammad s.a.w  pernah bersabda: "Allah s.w.t. telah berfirman: 
Hamba-Ku yang lebih Aku cintai iaitu mereka yang segera berbuka (jika 
telah nyata maghrib)" (Riwayat Al-Tarmizi)

Nabi Muhammad s.a.w  pernah bersabda: "Riba itu mempunyai 73 cara 
(jalan), yang amat ringan dosanya sama dengan seorang berzina dengan 
ibu kandungnya" (Riwayat Al-Hakim & Al-Baihaqi)

Nabi Muhammad s.a.w  pernah bersabda: "Sesungguhnya saat yang 
mustajab (berdoa) itu diantara duduk imam antara dua khutbah hingga 
selesai sembahyang Jumaat" (Riwayat Muslim & Abu Daud)

Nabi Muhammad s.a.w  pernah bersabda: "Satu dirham riba yang dimakan 
oleh setengah yang mengetahui, lebih berat disisi Allah 
s.w.t.daripada dosanya tiga puluh enam kali penzinaan" (Riwayat Ahmad 
& Al-Tabrani dari Abdullah bin Hanzalah r.a.)

Nabi Muhammad s.a.w  pernah bersabda: "Barangsiapa yang berperang 
untuk menegakkan kalimat (agama) Allah s.w.t. maka itu Fisabilillah" 
(Riwayat Bukhari, Muslim &Abu Daud dari Abu musa al-Asyari r.a)

Nabi Muhammad s.a.w  pernah bersabda: "Tidak akan masuk syurga orang 
yang jirannya tidak aman dari gangguan-gangguannya" (Riwayat Muslim)

Nabi Muhammad s.a.w  pernah bersabda: "Sinarilah rumah kamu dengan 
mendirikan sembahyang dan membaca Al-Quran" (Riwayat Al-Baihaqi)

Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Roh orang mukmin akan 
tergantung dengan sebab hutangnya sehinggalah diselesaikan hutang 
tersebut" (Riwayat Ahmad,Al-Tarmizi,Ibn Majah & Al-hakim)

Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Jika seorang berzina maka 
keluarlah iman daripadanya bagaikan payung diatas kepalanya dan bila 
menghentikannya maka kembalilah iman kepadanya" (Riwayat Abu Daud, Al-
Baihaqi & Al-Tarmizi)

Dari Abu Hurairah r.a. bahawasanya Nabi Muhammad s.a.w  pernah 
bersabda: "Sekiranya tidak menjadi keberatan kepada umatku nescaya 
aku menyuruh mereka bersugi (menggosok gigi) setiap kali mereka 
hendak mengambil wudhu" (Riwayat Ahmad, Malik & An-Nasai)

Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Orang yang memulakan salam 
adalah terlepas daripada sifat sombong dan takabbur" (Riwayat Al-
Baihaqi & Al-Khatib)

Dari Abu Hurairah r.a. bahawasanya Nabi Muhammad s.a.w  pernah 
bersabda: "Sesiapa yang beriman kepada Allah s.w.t. dan hari akhirat, 
maka hendaklah ia bercakap baik ataupun diam" (Riwayat Al-Bukhari & 
Muslim)

Nabi Muhammad s.a.w  pernah bersabda: "Siapa yang benar beriman 
kepada Allah s.w.t. dan hari kemudian maka janganlah mengganggu 
jirannya dan berpesan-pesan baiklah kamu terhadap jiran" (Riwayat 
Bukhari)

Nabi Muhammad s.a.w  pernah bersabda: "Barangsiapa yang mempunyai 
anak perempuan dan tidak membunuhnya hidup-hidup, tidak 
menghinakannya dan tidak sayang anak lelakinya melebihi anak 
perempuan, nescaya akan dimasukkan dia kedalam syurga" (Riwayat Abu 
Daud & Al-Hakim)

Nabi Muhammad s.a.w  pernah bersabda: "Berapa banyak jiran yang 
memegang tetangganya pada hari kiamat untuk diajukan kepada Allah 
s.w.t. lalu berkata: Ya Allah orang ini telah menutup pintunya 
daripadaku dan tidak membantu aku" (Riwayat Bukhari) 

Dari Aisyah, Nabi Muhammad s.a.w  pernah bersabda: "Saya tidak pernah 
melihat Rasulullah s.a.w. menyempurnakan puasa satu bulan cukup 
kecuali bulan Ramadhan dan saya juga tidak melihat Baginda s.a.w. 
berpuasa pada bulan lain lebih banyak dari bulan Syaaban" (Riwayat Al-
Bukhari & Muslim)

Dari Ayub al-Ansari, Nabi Muhammad s.a.w  pernah bersabda: "Jangan 
kamu mengadap kiblat dan jangan membelakangi ketika membuang najis 
atau air kencing, tetapi hendaklah kamu menhalakan diri kearah timur 
atau barat" (Riwayat Abu Daud)

Nabi Muhammad s.a.w  pernah bersabda: "Seorang Mukmin melihat dosanya 
bagaikan seorang duduk dibawah gunung dan takut kejatuhan gunung itu" 
(Riwayat Bukhari)

Dari Abu Hurairah r.a. bahawasanya Nabi Muhammad s.a.w  pernah 
bersabda: "Firman Allah s.w.t. {Dalam Hadis Qudsi} "Wahai anak Adam 
belanjakanlah harta kamu, nescaya akan digantikan semula oleh Allah 
kepadamu" (Riwayat Bukhari & Muslim)

Nabi Muhammad s.a.w  pernah bersabda: "Keberkatan sesuatu makanan itu 
ialah dengan berwuduk sebelum dan selepas makan" (Riwayat Ahmad, 
Daud, Al-Tarmizi & Hakim)

Nabi Muhammad s.a.w  pernah bersabda: "Sesungguhnya dari sedekah dan 
silaturrahim itu Allah s.w.t. akan menambah dengan keduanya itu 
lanjut umur dan menolak dengan keduanya kematian yang tidak baik dan 
dihindarkan dengan keduanya semua yang tidak sesuai dan dikhuatirkan" 
(Riwayat Abu Ya'la dari Anas r.a.)

Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Nabi Muhammad s.a.w pernah 
bersabda: "Sesungguhnya Allah s.w.t. akan merahmati seorang yang 
lapang dadanya ketika menjual,membeli dan menagih hutang" (Riwayat 
Bukhari dari Jabir r.a.)

Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Tiada seorang Muslim yang tiba 
padanya waktu sembahyang fardhu lalu dia menyempurnakan wuduk dan 
khusyuk serta rukuk,sujudnya melainkan sembahyang itu menjadi penebus 
dosanya yang telah lalu selama dia tidak berbuat dosa besar dan yang 
demikian itu sepanjang masa" (Riwayat Muslim dari Uthman r.a.)

Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Tiada dua malaikat yang 
mencatat amal itu menghadap Allah s.w.t. membawa sembahyang seorang 
dua kali sembahyang, melainkan Allah s.w.t. berkata pada dua malaikat 
itu: Aku persaksikan kepada kamu bahawa Aku telah mengampunkan pada 
hamba-Ku dosa-dosa yang telah terjadi diantara dua sembahyang itu" 
(Riwayat Al-Baihaqi)

Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Siapa yang belajar ilmu agama 
yang seharusnya untuk mencapai keredhaan Allah s.w.t. tiba-tiba 
dipelajarinya hanya untuk mencapai tujuan dunia, maka dia tidak akan 
dapat bau syurga pada hari kiamat" (Riwayat Al-Nasai dari Abu 
Hurairah r.a.)

Daripada Kaab bin Iyad r.a. katanya, aku mendengar bahawa Nabi 
Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Sesungguhnya bagi tiap-tiap umat itu 
ada ujian dan ujian bagi umatku ialah harta" (Riwayat Al-Tarmizi)

Nabi Muhammad s.a.w  pernah bersabda: "Tiap orang yang diberikan 
Allah s.w.t. ilmu agama, lalau disembunyikan maka Allah s.w.t. 
mengendalikan mulutnya pada hari kiamat dengan kendali dari api 
neraka" (Riwayat Al-Tabrani dari Ibn Mas'ud r.a.)

Nabi Muhammad s.a.w  pernah bersabda: "Tiada dosa yang lebih layak 
untuk disegerakan Allah s.w.t. seksanya didunia disamping apa yang 
disediakan kelak diakhirat daripada aniaya dan memutuskan hubungan 
kekeluargaan" (Riwayat Al-Tarmizi & Ibn Majah dari Abu Bakar Al-
Siddiq r.a.)

Nabi Muhammad s.a.w  pernah bersabda: "Sembahyang berjemaah itu lebih 
afdal daripada sembahyang bersendirian dua puluh tujuh darjah" 
(Riwayat Bukhari & Muslim)

Nabi Muhammad s.a.w  pernah bersabda: "Jika berdiri bulu roma seorang 
hamba Allah, maka akan berguguran daripadanya dosa-dosanya bagaikan 
gugurnya daun dari pokok yang telah kering" (Riwayat Abu Syaikh & Al-
Baihaqi dari Abbad bin Abdul Muttalib r.a.)

Nabi Muhammad s.a.w  pernah bersabda: "Sesiapa yang membaca (Surah Al-
Ikhlas) dalam kesakitan dan matinya ,tiadalah dia akan menderita 
fitnah didalam kubur, terpelihara dari tekanan kubur dan dihari 
kiamat kelak dia akan dipapah oleh malaikat dengan telapak tangan 
hingga terlepas dari titian (sirat) dan selamat dia memasuki syurga" 
(Riwayat Al-Tabrani)

Nabi Muhammad s.a.w  pernah bersabda: "Dan perumpamaan orang yang 
datang terlebih dahulu (ke Masjid pada hari Jumaat) bagaikan orang 
yang sedekah unta, kemudian bagaikan yang sedekah lembu, kemudian 
bagaikan sedekah kambing, kemudian bagaikan sedekah ayam, kemudian 
bagaikan sedekah telur" (Riwayat Bukhari & Muslim)

Nabi Muhammad s.a.w  pernah bersabda: "Ketika Allah s.w.t. telah 
selesai menjadikan semua makhluk, maka menulis tulisan yang ada 
diatas Arsy yang berbunyi:Rahmat-Ku mendahului murka-Ku (Rahmat-Ku 
mengalahkan murka-Ku)" (Riwayat Bukhari, Muslim & Ibn Majah)

Nabi Muhammad s.a.w  pernah bersabda: "Seandainya seorang kamu keluar 
membawa tali (kehutan) lalu pulang membawa seberkas kayu api lantas 
kayu itu dijualnya dimana dia dapat kehormatannya, maka perbuatan itu 
adalah lebih baik daripada dia meminta-minta, sama ada diberi ataupun 
tidak" (Riwayat Bukhari)

Nabi Muhammad s.a.w  pernah bersabda: "Tidak dihalalkan seorang 
Muslim memulau sesama Muslim lebih dari tiga hari tiga malam, maka 
siapa yang memulau lebih dari tiga hati tiga malam lalu mati akan 
masuk kedalam api neraka" (Riwayat Abu Daud & Al-Nasai)

Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Siapa wuduk pada hal dia masih 
berwuduk maka dicatat untuknya sepuluh hasanat (kebajikan)" (Riwayat 
Abu Daud dari Ibn Umar r.a.)

Nabi Muhammad s.a.w  pernah bersabda: "Sesiapa yang berwuduk pada 
hari Jumaat maka menyempurnakan wuduknya kemudian pergi kemasjid 
untuk solat Jumaat dan mendengarkan khutbah dan memperhatikannya, 
maka diampunkan baginya dosa-dosa yang terjadi antara Jumaat itu 
dengan Jumaat yang sebelumnya" (Riwayat Muslim & Ahmad)

Dari Abu Hurairah r.a. katanya, Nabi Muhammad s.a.w  pernah 
bersabda: "Orang Mukmin yang paling sempurna imannya ialah mereka 
yang paling baik akhlaknya..."(Riwayat Al-Bukhari & Muslim)

Nabi Muhammad s.a.w  pernah bersabda: "Sembahyang sunat dua rakaat 
ditengah malam dapat menghapuskan dosa-dosa" (Riwayat Ad-Dailami dari 
Jabir r.a)

Dari Ummu Mukminin Aisyah r.a. "Pilihlah tempat air mani kamu dan 
nikahilah orang-orang yang sepadan" (Riwayat Ibnu Majah daripada Imam 
Al-Hakimi)

Dari Abu Hurairah r.a. katanya, Nabi Muhammad s.a.w  pernah 
bersabda: "Sebaik-baik saf bagi orang lelaki ialah dihadapan dan 
seburuk-buruknya ialah dibelakang. Sebaik-baik saf bagi orang 
perempuan ialah dibelakang dan seburuk-buruknya dihadapan" (Riwayat 
Muslim)

Nabi Muhammad s.a.w  pernah bersabda: "Tiada dosa yang lebih besar 
disisi Allah s.w.t.  sesudah syurik daripada titisan mani yang 
diletakkan didalam rahim yang haram baginya" (Riwayat Ibn Abid Dunya)

Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Sesungguhnya yang berzina atau 
minum khamar maka terlepaslah iman daripadanya sebagaimana orang 
melepaskan gamis (baju) dari kepalanya" (Riwayat Al-Hakim)

Nabi Muhammad s.a.w  pernah bersabda: "Sesungguhnya Rejab adalah 
bulan Allah s.w.t. Sya'aban bulanku dan Ramadhan bulan umatku" 
(Riwayat Abu Al-Fatah bin Abu Al-Fawaris) 

Nabi Muhammad s.a.w  pernah bersabda: "Siapa yang berwuduk sahaja 
untuk menghadiri sembahyang Jumaat adalah sudah baik (memadai) akan 
tetapi siapa yang mandi,maka adalah terlebih baik" (Riwayat Abu Daud)

Nabi Muhammad s.a.w  pernah bersabda: "Sesiapa yang membaca Surah Al-
Waqi'ah pada tiap malam, maka tidak akan menderita kemiskinan untuk 
selamanya" (Riwayat Al-Baihaqi dari Ibn Mas'ud r.a)

Dari Anas r.a. katanya bahawa Nabi Muhammad s.a.w  pernah 
bersabda: "Sesiapa yang tidur atau terlupa hingga luput sembahyang 
hendaklah dia menunaikan (sembahyang) sebaik-baik sahaja dia ingat 
(sedar) kembali" (Riwayat Al-Bukhari)

"Wanita-wanita yang buruk itu untuk lelaki yang buruk dan lelaki-
lelaki yang buruk untuk wanita yang buruk, sedangkan wanita-wanita 
yang baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk wanita 
yang baik" (Surah An-Nur : 26)

Nabi Muhammad s.a.w  pernah bersabda: "Pedagang yang amanah, yang 
jujur, yang Muslim, kelak pada hari kiamat akan berkumpul dengan para 
syuhada (orang-orang yang mati syahid)" (Riwayat Al-Hakim & Ibn Majah 
dari Ibn Umar r.a)

Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Tiada seorang Muslim yang mati 
pada hari atau malam Jumaat melainkan Allah s.w.t. akan 
menyelamatkannya dari ujian kubur" (Riwayat Ahmad & Al-Tirmizi)

Dari Abu Hurairah r.a. bahawasanya Nabi Muhammad s.a.w  pernah 
bersabda: "Apabila manusia membaca ayat Syajadah kemudian sujud, 
terhindarlah syaitan laknatullah seraya menangis dan 
berkata,'celakalah aku, disuruh manusia (anak Adam) sujud, sujudlah 
dia, balasannya syurga. Saya juga disuruhnya sujud,tetapi saya enggan 
maka balasannya bagi saya ialah neraka" (Riwayat Muslim)

Nabi Muhammad s.a.w  pernah bersabda: "Pilihlah untuk tempat nuthfah 
kamu atau air mani kamu, kerana pembuluh darah ini merupakan sinar 
pancaran" (Riwayat Ibn Majah dan Ad-Dailami)

"Carilah tempat-tempat yang sepadan untuk air mani kamu kerana 
seseorang itu boleh jadi akan lebih menyerupai keluarga pihak isteri" 
(Mutiara Kata)

Nabi Muhammad s.a.w  pernah bersabda: "Tiada dosa yang lebih layak 
untuk disegerakan oleh Allah s.w.t. seksanya didunia disamping apa 
yang disediakan kelak diakhirat daripada aniaya dan memutuskan 
hubungan kekeluargaan" (Riwayat Al-Tarmizi & Ibn Majah dari Abu Bakar 
Al-Siddiq r.a.) 

Nabi Muhammad s.a.w  pernah bersabda: "Bukan seorang Mukmin orang 
yang kenyang sedangkan tetangga disebelahnya kelaparan (sedang dia 
mengetahui)" (Riwayat Al-Hakim & Al-Baihaqi)

Nabi Muhammad s.a.w  pernah bersabda: "Kahwinilah wanita-wanita yang 
berada didalam lingkup/naungan yang baik kerana pembuluh darah itu 
laksana cahaya" (Riwayat Ibn-'Adi)

Nabi Muhammad s.a.w  pernah bersabda: "Sebaik-baik puasa selepas 
Ramadhan ialah puasa dalam bulan Muharam" (Riwayat Muslim, Bukhari, 
Abu Daud, Tarmizi,Nasai & Ibn Majah)

Nabi Muhammad s.a.w  pernah bersabda: "Janganlah engkau nikahi orang-
orang yang masih berkerabat kerana anak dicipta laksana cahaya. 
Carilah wanita-wanita yang jauh dan janganlah engkau memilih yang 
dekat hubungannya" (Riwayat Ahmad, Malik & Al-Nasai)

Nabi Muhammad s.a.w  pernah bersabda: "Sesungguhnya tujuh petala 
langit dan bumi sama mengutuk orang yang selalu berzina dan bau 
kemaluan pelacur didalam neraka dapat mengganggu ahli neraka lainnya 
kerana sangar busuk" (Riwayat Al-Bazzar)

Nabi Muhammad s.a.w  pernah bersabda: "Tiap mata pasti akan menangis 
pada hari kiamat kecuali mata yang dipejamkan dari segala yang haram 
dan mata yang berjaga malam dalam jihad fisabilillah dan mata yang 
menitiskan air mata walaupun sebesar kepala lalat kerana takutkan 
Allah s.w.t." (Riwayat Abu Naim) 

Nabi Muhammad s.a.w  pernah bersabda: "Bukanlah kemuliaan itu dengan 
memakai pakaian cantik dan bersegak tetapi ia adalah dengan 
ketenangan (sopan santun) dan merendah diri" (Riwayat Ad-Dailami)

Usamah bin Zaid r.a. berkata bahawasanya Nabi Muhammad s.a.w  pernah 
bersabda: "Siapa yang meninggalkan sembahyang Jumaat hingga tiga kali 
tanpa uzur,maka akan dicatat dari golongan orang munafik" (Riwayat Al-
Tabrani)

Dari Abu Dzar al-Ghifari r.a. bahawasanya Nabi Muhammad s.a.w  pernah 
bersabda: "Wahai Abu Dzai, jika engkau hendak berpuasa tiga hari 
sebulan puasalah pada 13,14 dan 15"(Riwayat Ahmad & Al-Nasai)

Nabi Muhammad s.a.w  pernah bersabda: "Empat (macam manusia) tidak 
Allah s.w.t. masukkan merka ke syurga dan tidak akan merasai 
kenikmatannya, peminum arak, pemakan riba, menzalimi (memakan) harta 
anak-anak yatim dengan tiada hak dan derhaka pada ibu bapanya" 
(Riwayat Al-Hakimi) 

Dari Abu Qatadah ketika Nabi Muhammad s.a.w  tentang hari Asyura 
bahawasanya Nabi Muhammad s.a.w  menjawab: "Puasa hari Asura boleh 
menghapuskan dosa satu tahun yang lalu" (Riwayat Muslim)

Allah s.w.t. berfirman: "Harta dan anak-anak itu perhiasan 
penghidupan dunia tetapi amal-amal soleh yang tinggal (buahnya) itu 
lebih baik disisi Tuhanmu tentang ganjarannya dan tentang harapannya" 
(Surah Kahfi:46)

Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Barangsiapa yang memelihara 
sembahyang lima waktu dengan sempurna wuduknya dan diwaktunya, adalah 
baginya cahaya dan tanda pada hari akhirat dan barangsiapa mensia-
siakan, nescaya dikumpulkan ia (kelak dineraka) dengan Firaun dan 
Hamam" (Riwayat Ahmad)

Allah s.w.t. berfirman: "Dan orang-orang yang berkata'Ya Tuhan, 
anugerahkan lah kepada kami isteri-isteri kami dan keturunan kami 
sebagai penyenang hati (kami) dan jadikanlah kami dari golongan orang-
orang yang bertakwa" (Surah Furqan:74)

Dari Abu Hurairah r.a. bahawasanya Nabi Muhammad s.a.w  pernah 
bersabda: "Kewajipan seorang Muslim keatas Muslim yang lain iaitu 
lima perkara, menajwab salam, melawat orang sakit, mengiringi 
jenazah, menerima undangan dan mendoakan orang yang bersin" (Riwayat 
Al-Bukhari & Muslim)

Nabi Muhammad s.a.w  pernah bersabda: "Setiap isteri yang minta cerai 
dari suaminya tanpa apa-apa (tanpa alasan yang dapat dibenarkan) maka 
haram atasnya bau syurga" (Riwayat Abu Daud & Al-Tirmizi)

Dari Ibn Umar r.a. bahawasanya Nabi Muhammad s.a.w pernah 
bersabda: "Ingatlah tiap sesuatu yang memabukkan itu khamar (arak) 
dan tiap khamar itu haram" (Riwayat Ahmad & Abu Ya'la)

Nabi Muhammad s.a.w  pernah bersabda: "Siapa yang menjadi saksi untuk 
merugikan seseorang dengan persaksian yang tidak benar, maka 
hendaklah menyiapkan tempatnya dalam neraka" (Riwayat Ahmad dari Abu 
Hurairah r.a.)

Nabi Muhammad s.a.w  pernah bersabda: "Sesiapa yang mebuat ibubapanya 
gembira (memberi keredhaan) maka sesungguhnya ia mendapat redha Allah 
s.w.t. Sesiapa yang menyakiti hati ibubapanya, maka sesungguhnya ia 
mendapat kebencian Allah s.w.t." (Riwayat Bukhari)

Nabi Muhammad s.a.w  pernah bersabda: "Bila tertusuk seorang dengan 
jarum kecil atau jarum besar dari besi, maka baik baginya daripada 
menyentuh wanita yang tidak halal baginya" (Riwayat Al-Tabrani dari 
Ma'qil bin Yasar r.a.)

Allah s.w.t. berfirman: "Dia bersembunyi dari manusia lantaran 
kejahatan yang dikhabarkan kepadanya, apakah dia akan pelihara dia 
dalam kehinaan ataukah dia akan sumbat dia dalam tanah? Sungguh jelek 
apa yang mereka hukumkan" (Surah An-Nahl:59)

Nabi Muhammad s.a.w  pernah bersabda: "Semua dosa-dosa dilambatkan 
Allah s.w.t. (pembalasannya) sesukanya dari akhirat melainkan derhaka 
kepada kedua ibubapa maka sesungguhnya Allah s.w.t.menyegerakan (bala 
siksaan) bagi yang bersangkutan sewaktu hayatnya didunia ini sebelum 
matinya" (Riwayat Al-Tabrani)

Nabi Muhammad s.a.w  pernah bersabda: "Orang yang mencekik dirinya 
sendiri sampai mati akan mencekiknya juga didalam neraka, dan orang 
yang menikam dirinya juga akan menikam dirinya dalam neraka dan orang 
yang melemparkan diri dari tempat tinggi untuk membunuh diri maka 
akan selalu dia melemparkan dirinya didalam neraka" (Riwayat Bukhari 
& Abu Hurairah r.a.)

Nabi Muhammad s.a.w  pernah bersabda: "Andaikan kamu berbuat dosa 
hingga dosamu mencapai langit, kemudian kamu bertaubat, nescaya Allah 
s.w.t. memberi ampun kepada kamu" (Riwayat ibn Majah) 

Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Tidak akan berzina seorang 
pelacur semasa berzina jika dia beriman, dan tidak akan minum khamar 
(arak) ketika meminumnya jika beriman dan tidak akan mencuri seorang 
pencuri jika dia beriman" (Riwayat Bukhari & Muslim)

Allah s.w.t.. telah berfiman "Dan sesungguhnya telah datang utusan-
utusan Kami kepada Ibrahim dengan (membawa) khabar gembira sambil 
mereka berkata: "Selamatlah"Dia menjawab: "Selamat" Surah Hus:69)

Berkata Umar Ibn Abdul Aziz bahawasanya Nabi Muhammad s.a.w  pernah 
bersabda: "Sembahyang itu membawa kamu menempuh ketengah jalan,puasa 
memajukan kamu kehadapan pintu dan sedekah (saling membantu) 
memasukkan kamu kedalamnya."

Nabi Muhammad s.a.w  pernah bersabda: "Sembahyang sunat dua rakaat 
ditengah malam dapat menghapuskan dosa-dosa" (Riwayat Ad-Dailami dari 
Jabir r.a.)

Nabi Muhammad s.a.w  pernah bersabda: "Semua anak Adam (manusia) itu 
sering membuat kesalahan (dosa) dan sebaik-baik manusia yang membuat 
kesalahan (dosa) itu ialah orang-orang yang suka bertaubat" (Riwayat 
Al-Tirmizi)

Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Sesungguhnya kamu sekelian pada 
hari kiamat akan dipanggil dengan nama kamu sendiri dan nama bapa 
kamu,kerana itu hendaklah kamu perindahkan nama kamu" (Riwayat Abu 
Daud)

Nabi Muhammad s.a.w  pernah bersabda: "Sesiapa yang menyiapkan 
keperluan orang yang berjihad fisabillah maka bererti dia telah 
berjihad dan siapa yang menjaga keluarga orang yang pergi berjihad 
dengan baik maka bererti dia telah ikut berjihad fisabilillah" 
(Riwayat Bukhari & Muslim dari Zaid bin Khalid al-Juhani)

Dari Abu Qatabah bahawasanya Nabi Muhammad s.a.w  pernah 
bersabda: "Puas pada hari Arafah itu boleh menghapuskan dosa yang 
dikerjakan selama dua tahun iaitu tahun yang telah lalu dan tahun 
yang akan datang" (Riwayat Muslim)

Nabi Muhammad s.a.w  pernah bersabda: "Dosa yang paling besar ialah 
syirik, derhaka pada ibu bapa dan membunuh orang tanpa hak" (Riwayat 
Anas r.a.)

Nabi Muhammad s.a.w  pernah bersabda: "Sebaik-baik puasa ialah puasa 
Nabi Daud Alai-His-Salam, ia berpuasa sehari dan berbuka 
sehari..."(riwayat Al-Tirmizi & Al-Nasai)

Nabi Muhammad s.a.w  pernah bersabda: "Gunakanlah lima sebelum 
tibanya lima iaitu gunakan masa mudamu sebelum masa tuamu, masa 
sihatmu sebelum masa sakitmu, masa kayamu sebelum masa miskinmu, masa 
lapangmu sebelum masa sibukmu dan masa hidupmu sebelum masa matimu" 
(Riwayat Al-Hakim & Al-Baihaqi)

Nabi Muhammad s.a.w  pernah bersabda: "Setiap bayi tergadai pada 
akidahnya, disembelih pada hari ketujuh dan pada hari itu pula 
dicukurkan dia dan diberi nama" (Riwayat Ahmad)

Nabi Muhammad s.a.w  pernah bersabda: "Untuk bayi lelaki dua ekor 
kambing kibas dan untuk bayi perempuan seekor kambing kibas dan 
tidaklah merugikan kamu yang jantan atau pun yang betina" (Riwayat 
Ahmad dan Al-Tirmizi)

Nabi Muhammad s.a.w  pernah bersabda: "Sesungguhnya Allah s.w.t. 
telah menutup Surah Al-Baqarah dengan dua ayat yang diberikan 
kepadaku dari perbendaharaan dibawah Arsy, amka pelajari olehmu dan 
ajarkan pada isteri dan anak-anakmu sebab itu sebagai solat dan 
basaan serta doa" (Riwayat Al-Hakim dari Abu Dzar r.a.)

Nabi Muhammad s.a.w  pernah bersabda: "Sesiapa yang menjual sesuatu 
yang ada aibnya lalu tidak dijelaskan kepada pembelinya maka tetap 
berada dalam murka Allah s.w.t. dan selalu dikutuk oleh malaikat" 
(Riwayat Ibn-Majah)

Allah s.w.t. berfirman "Para ibu hendaklah menyusui anak-anaknya 
selama dua tahun penuh, iaitu bagi yang ingin menyempurnakan 
penyusuan" (Surah Al-Baqarah:233)

Nabi Muhammad s.a.w  pernah bersabda: "Pakailah antara pakaianmu yang 
putih, kerana sesungguhnya pakaian putih itu lebih suci dan lebih 
baik dan kapanlah orang-orang mati kamu dengan kain putih" (Riwayat 
Ahmad)

Dari Kaab bin Iyad r.a. berkata bahawasanya Nabi Muhammad s.a.w  
pernah bersabda: "Sesungguhnya bagi tiap-tiap umat itu ada ujian dan 
ujian bagi umatku ialah harta" (Riwayat Al-Tirmizi)

Nabi Muhammad s.a.w  pernah bersabda: "SesungguhnyaAllah s.w.t. tetap 
menerima taubat seorang hamba selama dia belum nazak dan mati" 
(Riwayat Al-Tirmizi dari Ibn Umar r.a.)

Nabi Muhammad s.a.w  pernah bersabda: "Siapa yang berperang untuk 
menegakkan khalimat Allah s.w.t. maka itu fisabi lillah" (Riwayat 
Bukhari, Muslim & Abu Musa al-Asyari r.a.)

Allah s.w.t. telah berfirman "Kaum lelaki adalah pemimpin bagi kaum 
wanita kerana apa yang telah Allah lebihkan sebahagian mereka diatas 
yang lain dan kerana belanja yang telah mereka keluarkan daripada 
harta mereka" (Surah An-Nisa:34)

Nabi Muhammad s.a.w  pernah bersabda: "Siapa yang beriman kepada 
Allah s.w.t. dan hari kemudian maka janganlah mengganggu jirannya dan 
berpesan-pesan baiklah kamu terhadap jiran" (Riwayat Bukhari) Nabi 
Muhammad s.a.w  pernah bersabda: "Tidak akan masuk neraka orang yang 
didalam hatinya ada seberat biji sawi daripada iman dan tidak akan 
masuk syurga yang didalam hatinya ada seberat biji sawi dari sombong" 
(Riwayat Muslim & Abu Daud)

Dari Abu Hurairah r.a. bahawasanya Nabi Muhammad s.a.w  pernah 
bersabda: "Kalau tidak kerana ada wanita dan anak-anak didalam rumah 
sedangkan aku bersembahyang isya, nescaya aku suruh pemudaku membakar 
rumah-rumah (yang penghuninya tidak hadir berjemaah itu)" (Riwayat 
Ahmad)

Nabi Muhammad s.a.w  pernah bersabda: "Lima macam dosa yang tidak ada 
tebusannya iaitu Syirik terhadap Allah s.w.t., membunuh orang tanpa 
hak, membuat tuduhan palsu terhadap seorang Muslim, lari dari barisan 
Muslimin dalam peperangan dan sumpah palsu untuk mengambil hak orang 
lain" (Riwayat Ahmad)

Nabi Muhammad s.a.w  pernah bersabda: "Siapa yang membaca seratus 
ayat (dari Al-Quran) pada suatu malam, maka akan dicatat pahalanya 
seperti pahala sembahyang semalam" (Riwayat Ahmad dari Tamim r.a.)

Nabi Muhammad s.a.w  pernah bersabda: "Orang yang memulakan memberi 
salam adalah terlepas daripada sifat sombong dan takabbur" (Riwayat 
Al-Baihaqi & Al-Khatib)

Allah s.w.t. berfirman "Wahai orang-orang yang beriman!janganlah kamu 
mengangkat suara kamu keatas suara Nabi" (Surah Al-Hujurat:3)

Allah s.w.t. berfirman "Sesungguhnya Allah tiada menyukai orang yang 
sombong lagi mengangkat diri" (Surah Luqman:18)

Allah s.w.t. berfirman "Wahai jiwa yang tenang tenteram!kembalilah 
kepada Tuhanmu dalam keadaan redha dan diredhai, maka masuklah 
kedalam golongan hamba-hambaKu. Dan masuklah kedalam syurga" (Surah 
Al-Fajr:27-30)

Ali bin Abu Talin k.w.j berkata Allah s.w.t. berfirman "Allah yang 
mengambil jiwa (manusia) ketika wafatnya dan ketika tidurnya sebelum 
wafat, lalu ditahan-Nya jiwa yang telah wafat, serta dilepaskan-Nya 
jiwa yang lain sampai kejanji yang ditentukan" (Surah Az-Zumar:42)

Nabi Muhammad s.a.w  membaca firman Allah s.w.t. 
bermaksud: "Barangsiapa yang mempersekutu Allah, maka seolah-olah dia 
jatuh dari langit, lalu disambar oleh burung, ataupun dia akan 
menjunam dibawa angin ketempat yang paling jauh" (Surah Al-A'araf:40)

Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Tiada dibunuh jiwa secara 
aniaya,melainkan keatas anak Adam yang pertama jaminan darahnya, 
disebabkan dialah orang pertama yang memulakan pembunuhan itu"

Nabi Muhammad s.a.w  pernah bersabda: "Apabila kamu bersembahyang 
keatas si mati, hendaklah kamu mengikhlaskan doa kepadanya" (Riwayat 
Abu Hurairah r.a.)

Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Salam sejahtera keatas kamu, 
wahai penghuni kubur dari kaum Mukminin dan Muslimin, dan kamu Insya-
Allah akan mengikuti kamu, kami memohon keselamatan untuk kami dan 
kamu juga!" (Riwayat Buraidah bin Al-Khushaib)

Nabi Muhammad s.a.w  pernah bersabda: "Apabila mati seseorang hamba, 
maka terputuslah amalannya kecuali dari tiga: Sedekah yang jariyah 
(terus-menerus manfaatnya), ataupun anak yang soleh mendoakan 
baginya, ataupun ilmu yang dimanfaatkan sesudah itu"

Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Tiada boleh seorang bersolat 
bagi pihak yang lain, dan tiada boleh seseorang berpuasa bagi pihak 
yang lain, akan tetapi dia hendaklah memberi makanan setiap satu mud 
(gantang Baghdad) dari gandum"

Allah s.w.t. berfirman "Barangsiapa yang membuat perbuatan baik 
sebesar atom akan dilihat-Nya, Dan barangsiapa yang membuat perbuatan 
jahat sebesar atom akan dilihat-Nya juga" (Surah Az-Zalzalah:7-8)

Allah s.w.t. berfirman "Walai manusia, sesungguhnya engkau mesti 
bekerja keras dengan bersungguh-sungguh menuju kepada Tuhanmu yang 
akan engkau menemui-Nya" (Surah Al-Insyiqaq:6)

Allah s.w.t. berfirman "Jika kamu bertelingkah pendapat pada sesuatu, 
maka kembalilah dia kepada Allah dan Rasul, jika kamu beriman kepada 
Allah dan hari akhirat, kerana itulah yang lebih baik, dan lebih 
bagus kesudahannya" (Surah An-Nisa:59)

Allah s.w.t. berfirman "Dan ketika Tuhanmu menjadi keturunan anak-
anak dari punggungmu, dan Tuhan mengambil kesaksian dari mereka, kata-
Nya, Bukankah aku ini Tuhan kamu? Mereka menjawab: Ya! Kamu menjadi 
saksi" (Surah Al-Araf:172)

Allah s.w.t. berfirman "Maka hadapkanlah wajahmu kepada agama dengan 
betul, ciptaan Tuhan yang telah menjadikan manusia sesuai dengan 
agama itu, tiada pertukaran bagi ciptaan Tuhan itu" (Surah Ar-Rum:30)

Allah s.w.t. berfirman "Maka hadapkanlah wajahmu kepada agama dengan 
betul, ciptaan Tuhan yang telah menjadikan manusia sesuai dengan 
agama itu, tiada pertukaran bagi ciptaan Tuhan itu" (Surah Ar-Rum:30)

Nabi Muhammad s.a.w  pernah bersabda: "Kamu akan dapati sejahat-jahat 
orang itu ialah yang bermuka dua, yang datang kesini dengan satu muka 
dan kesana dengan satu muka lain" (Riwayat Bukhari & Muslim)

Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Orang iktikaf itu bererti 
mengurangkan dosa-dosa dan berlaku pahala untuknya bagaikan pahala 
orang yang melakukan semua hasnat (kebajikan)" (Riwayat Al-Baihaqi & 
Ibn Majah dari Ibn Abbas r.a.)

Allah s.w.t. berfirman "Wahai manusia! Kalau kamu masih ragu tentang 
hari kebangkitan, maka ketahuilah bahawa Kamilah yang mencipta kamu 
dari tanah, kemudian dari setitik air mani" (Surah Al-Hajj:5)

Allah s.w.t. berfirman "Dan ketika kamu mengatakan: Hai Musa! Kami 
tidak akan percaya kepada kamu sehingga kami melihat Allah secara 
terang-terang, lalu kerana itu kamu disambar petir, sedangkan kamu 
ada melihatnya" (Surah Al-Baqarah:55)

Allah s.w.t. berfirman "Sesungguhnya Kami telah menjadikan manusia 
dari sari ranah. Kemudian kami jadikan dari tanah itu air mani yang 
tersimpan didalam tempat simpanan yang teguh" (Surah Al-Mukminun:12-
13)

Nabi Muhammad s.a.w  pernah bersabda: "Sesungguhnya telah datang 
kepada manusia suatu masa, ketika itu dia belum ada sesuatu apa pun 
yang dapat disebut" (Riwayat Al-Baihaqi dan Al-Hassan bin Ali r.a.)

Allah s.w.t. berfirman "Dan Tuhan mengeluarkan kamu dari perut-perut 
ibu kamu, sedangkan kamu tiada mengetahui apa pun, lalu dijadikan 
bagi kamu pendengaran, penglihatan dan hati moga-moga kamu berterima 
kasih" (Surah Al-Nahl:78)

Nabi Muhammad s.a.w  pernah bersabda: "Siapa yang tidak meninggalkan 
kata dusta (bohong semasa puasa) maka Allah s.w.t. tidak berhajat 
padanya untuk meninggalkan makan minumnya" (Riwayat Bukhari)

Allah s.w.t.. berfirman "Katakanlah, bahawa Malaikat Maut yang telah 
diserahi perkara kamu akan mewafatkan kamu, kemudian itu kamu akan 
kembali pada Tuhan kamu" (Surah As-Sajadah:11)

Allah s.w.t. berfirman "Sesungguhnya orang-orang yang mendustakan 
keterangan Kami, dan memandang rendah terhadapnya, tidak akan 
dibukakan pintu-pintu langit kepada mereka" (Surah Al-Araf:40)

Allah s.w.t. berfirman "Diatas orang yang berpengetahuan itu ada lagi 
yang Maha Tahu" (Surah Yusuf:78)

Allah s.w.t.. berfirman "Dan diantara kamu ada yang disampaikan Allah 
kepada usia tua bangka, supaya dia tiada ketahui lagi sesuatu yang 
dahulunya dia katahui" (Surah Al-Nahl:70)

Allah s.w.t. berfirman "Orang-orang yang beriman itu akan menjadi 
tenteram hati mereka. Ingatlah dengan mengingati Allah itu hati akan 
menjadi tenteram" (Surah Ar-Rad:28)

Allah s.w.t. berfirman "Tiadalah terjadi sesuatu bencana itu 
melainkan dengan kehendak Allah, dan siapa yang percaya kepada Allah 
nescaya dipimpin Allah hatinya" (Surah At-Taghabun:11)

Nabi Muhammad s.a.w  pernah bersabda: "Bukan dari umatku orang yang 
percaya nasib pada burung atau diusahakan dengan burung atau berdukun 
atau didukunkan atau menyihir atau disihirkan untuknya. Dan siapa 
yang datang kepada dukun lalu yakin kepadanya bererti telah kafir 
terhadap apa yang diturunkan pada Nabi Muhammad s.a.w  "(Riwayat Al-
Bazzar dari Imran bin Hushain)

Allah s.w.t. berfirman "Kalau tiada kerana kemurahan dan rahmat Allah 
kepada kamu, nescaya tiada seorang pun diantara kamu yang suci buat 
selama-lamanya" (Surah An-Nur:21)

Allah s.w.t. berfirman "Syaitan itu menjanjikan kemiskinan kepada 
kamu, dari menyuruh kamu mengerjakan perbuatan yang keji" (Surah Al-
Baqarah:268)

Allah s.w.t. berfirman "Hanyasanya Allah akan menerima amalan itu 
daripada orang-orang yang bertakwa" (Surah Al-Maidah:27)

Nabi Muhammad s.a.w  pernah bersabda: "Sesungguhnya saat yang paling 
mustajab (berdoa) itu diantara duduk imam antara dua khutbah hingga 
selesai sembahyang Jumaat" (Riwayat Muslim & Abu Daud)

Allah s.w.t. berfirman "Jika engkau membaca Al-Quran, maka mohonlah 
perlindungan Allah daripada syaitan yang terkutuk" (Surah An-Nahl:98)

Allah s.w.t. berfirman "Dan kalau syaitan (orang jahat) membisikkan 
kepada engkau sesuatu kejahatan, maka berlindunglah kepada Allah, 
sesungguhnya dia itu Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui" (Surah As-
Sajadah:36)

Allah s.w.t. berfirman "(Mereka bersumpah):Kami hanya mengkehendaki 
niat baik dan taufik! Mereka itulah orang-orang yang diketahui Allah 
akan isi hati mereka" (Surah An-Nisa:62-63)

Nabi Muhammad s.a.w  pernah bersabda: "Tiada dikira Mukmin yang 
sempurna keimanannya, orang yang tidak menganggap bala itu nikmat dan 
kemewahan itu musibah (bala)" (Riwayat al-Tabrani)

Nabi Muhammad s.a.w  pernah bersabda: "Siapa pada suatu malam dia 
mengalami kesakitan dimana dia bersabar dan redha kepada ketentuan 
Allah s.w.t. maka terkeluarlah dia daripada dosa-dosanya seperti 
keadaan dikala dia dilahirkan ibunya" (Riwayat Al-Hakim)

Allah s.w.t. berfirman "Dan katakanlah:Tuhanku!Aku berlindung diri 
kepada Engkau daripada bisikan syaitan. Dan aku berlindung diri 
kepada Engkau, Tuhanku, supaya mereka tiada mendekatiku" (Surah Al-
Mukminun:97-98)

Nabi Muhammad s.a.w  pernah bersabda: "Sesiapa yang mati tidak sempat 
menqadha'kan puasanya hendaklah keluarganya (walinya) menggantikan 
puasa tersebut" (Riwayat Al-Bukhari & Muslim)

Dari Imam Ahmad bahawasanya Nabi Muhammad s.a.w  pernah 
bersabda: "Seburuk-buruk yang terdapat pada jiwa manusia iaitu sifat 
pengecut yang menanggalkan dan sifat kikir yang melampau" (Riwayat 
Amru bin al-Ash r.a.)

Allah s.w.t. berfirman "Dan janganlah engkau menjadikan tanganmu 
terbelenggu ketengkukmu, dan jangan pula bentangkannya seluas-
luasnya, sehingga engkau duduk tercela dan sensara" (Surah Al-Isra:29)

Allah s.w.t. berfirman "Dan mereka yang apabila membelanjakan 
hartanya melampaui batas, dan tiada pula bersifat kikir, tetapi 
pertengahan antara keduanya" (Surah Al-Furwan:67)

Nabi Muhammad s.a.w  pernah bersabda: "Siapa menghulurkan kepadamu 
suatu kebaktian maka balaslah dia, jika kamu tiada apa-apa balasan, 
maka hendaklah kamu doakan kepadanya" (Riwayat Al-Tabrani)

Allah s.w.t. berfirman "Sesungguhnya manusia itu dicipta sentiasa 
gelisah. Jika disinggung bahaya dia berkeluh kesah, Dan jika 
disinggung kebaikan dia kikir pula" (Surah Al-Maarif:19-21)

Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Takutlah firasat orang Mukmin 
kerana sesungguhnya dia melihat dengan cahaya daripada Allah s.w.t."

Allah s.w.t. berfirman "Dan ketahuilah bahawasanya Allah mengetahui 
apa yang didalam hatimu, sebab itu berhati-hatilah dengan Tuhan" 
(Surah Al-Baqarah:235)

Allah s.w.t. berfirman "Dan kenanglah kurnia kepada kamu dan ingatlah 
perjanjian yang telah kamu ikat dengan Dia ketika kamu 
mengatakan:kami dengar dan kami taat" (Surah Al-Maidah:7)

Daripada Anas r.a. bahawasanya Nabi Muhammad s.a.w  pernah 
bersabda: "Tiga perkara yang mengiringi jenazah iaitu keluarganya, 
hartanya dan amalannya. Maka dua perkara akan kembali dan yang kekal 
hanya satu sahaja, iaitu keluarga dan hartanya akan pulang danyang 
tinggal hanyalah amalannya sahaja" (Riwayat Al-Bukhari & Muslim)

Nabi Muhammad s.a.w  pernah bersabda: "Apabila tetamu masuk kerumah 
maka dia masuk dengan rezekinya dan jika keluar, dia membawa 
pengampunan dosa orang-orang rumah itu" (Riwayat Ad-Dailami dari Anas 
r.a.)

Dari Abu Hurairah r.a. bahawasanya Nabi Muhammad s.a.w pernah 
bersabda: "Sembahynng fardhu lima waktu, sembahyang Jumaat ke Jumaat, 
puasa Ramadhan ke Ramadhan akan menghapuskan dosa-dosa diantara jarak-
jarak tersebut sekiranya dijauhkan daripada dosa-dosa besar" (Riwayat 
Muslim)

Nabi Muhammad s.a.w  pernah bersabda: "Siapa yang pada petang harinya 
berasa letih dari amal usaha yang dilakukan dengan kedua tangannya 
sendiri, maka dia pada petang itu telah diampunkan dosanya" (Riwayat 
Al-Tabrani dari Ibn Abbas r.a.)

Nabi Muhammad s.a.w  pernah bersabda: "Sesungguhnya dari sedekah dan 
silaturrahim itu Allah s.w.t. akan menambah dengan keduanya itu 
lanjut umur dan menolak dengan keduanya kematian yang tidak baik dan 
dihindarkan dengan keduanya semua yang tidak disukai dan 
dikhuatirkan" (riwayat Abu Ya'la dari Anas r.a.)

Allah s.w.t. berfirman "Dan kalau engkau tanya mereka: Siapakah yang 
menciptakan langit dan bumi dan menjadikan matahari dan bulan, 
nescaya mereka akan mentakan 'Allah', jadi bagaimana pula kamu 
berputar dari kebenaran" (Surah Al-Ankabut:61)

Allah s.w.t. berfirman "Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu, 
kemudian Kami bentuk rupa kamu, kemudian Kami katakan kepada 
Malaikat: Sujudlah kepada Adam" (Surah Al-A'raf:11)





***************************************************************************
Berdikusi dg Santun & Elegan, dg Semangat Persahabatan. Menuju Indonesia yg 
Lebih Baik, in Commonality & Shared Destiny. www.arsip.da.ru
***************************************************************************
__________________________________________________________________________
Mohon Perhatian:

1. Harap tdk. memposting/reply yg menyinggung SARA (kecuali sbg otokritik)
2. Pesan yg akan direply harap dihapus, kecuali yg akan dikomentari.
3. Lihat arsip sebelumnya, www.ppi-india.da.ru; 
4. Posting: ppiindia@xxxxxxxxxxxxxxx
5. Satu email perhari: ppiindia-digest@xxxxxxxxxxxxxxx
6. No-email/web only: ppiindia-nomail@xxxxxxxxxxxxxxx
7. kembali menerima email: ppiindia-normal@xxxxxxxxxxxxxxx
 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
     http://groups.yahoo.com/group/ppiindia/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
     ppiindia-unsubscribe@xxxxxxxxxxxxxxx

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
     http://docs.yahoo.com/info/terms/
 


Other related posts: